Dah hampir ke tengah malam. Dan dia masih senyap. Tak reply Whatsapp. Aku anggap dia dah tidur. Tak mengapalah.
Kerja daripada pagi lepas tu petang pergi melawat jenazah saudara meninggal. Aku tahu dia penat. Aku tak mahu ganggu dia. Lepas tengah malam nanti aku akan mesej ucap selamat malam. Macam biasa.
Tiba-tiba mesej dia masuk.
Dia tanya, "Tak nak call ke?"
Aku baca mesej tu. Aku fikir dalam dalam. Patut ke tak aku call dia?
Memang, aku rindu nak cakap dengan dia lepas beberapa hari tak dapat nak bersembang sangat, tapi dalam keadaan macam ni, aku rasa aku patut rasional.
Aku reply, "Takpalah. Awak mesti penat. Kerja then pi kajang apa semua. Rehatlah. Tidurlah. Dah lewat pon utk awak."
Dibalas, "Okay"
Itu je.
Oh tuhan. Mungkin aku yang terlalu beremosi. Mungkin aku terlalu ikutkan perasaan. Mungkin aku terlalu berharap?
Entahlah.
Bukan aku tak nak call.
Aku rindu dia. Aku nak call, bersembang, bercakap dengan dia.
Tapi, aku tahu, dia perlukan rehat. Selalunya tengah malam macam ni dia dah tidur. Aku tak sampai hati nak call. Aku nak dia rehat.
Dan aku cuma cuba nak jadi lebih memahami dan bertimbang rasa.
Tapi nampaknya cubaan aku dipandang sebelah mata.
Entahlah.
Mungkin salah aku juga. Tak tanya dia kalah kalau dia ada benda nak cerita. Kalau ada nak cakap apa apa.
Salah aku terus kata tak payah nak call dan terus suruh dia tidur.
Salah akulah tu.
Dalam pada aku cuba nak jadi lebih memahami dan bertimbang rasa, rupanya aku gagal.
Lagi gagal bila aku reply mesej 'okay' dia dengan;
"Okay je? Hemm. Okay. Goodnight. Take care."
Yang kemudiannya bersambut;
"Okay je lah. Saya ingat nak call. Awak tak nak. Goodnight."
Sakit.
Itu je yang boleh aku nak kata.
Sakit rindu yang dah memang ada, ditambah dengan sakit yang ni pulak.
SAKIT!
Sakit...

